Sebuah pesawat latihan supersonik milik Tentera Udara Indonesia (TNI AU) jatuh ketika sedang membuat pertunjukan aerobatik di Lapangan Terbang Adi Sucipto di Jogjakarta pagi tadi.
Dua juruterbang pesawat itu disahkan terkorban dalam nahas berkenaan.
Media-media tempatan memetik Ketua Bahagian Penerangan TNI AU Marsma Dwi Badarmanto sebagai berkata, dalam kejadian 10 pagi waktu tempatan, pesawat T-50 Golden Eagle milik TNI AU jatuh ketika melakukan aksi terbang menjunam rendah dalam pertunjukan Gebyar Dirgantara itu.
Laporan televisyen tempatan Metronews memetik seorang saksi yang dikenali sebagai Wina berkata, beliau terlihat kepulan asap keluar dari pesawat itu sebelum ia terjunam tajam dan jatuh ke bumi.
Ekoran kemalangan itu, pertunjukan udara berkenaan dibatalkan dan pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan mengenai punca nahas.
Pada perkembangan lain, usaha mencari dan menyelamat 122 penumpang dan anak kapal sebuah feri Marina yang dilaporkan tenggelam di laut Sulawesi semalam masih dijalankan.
Setakat ini, Badan SAR Nasional (Basarnas) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mangsa feri terbabit.
Menurut laporan Basarnas, feri itu disahkan karam di perairan Siwa di Sulawesi akibat dipukul ombak dan taufan pada kira-kira pukul 3 petang semalam.
Media tempatan memetik Ketua Basarnas Sulawei Selatan, Roky Asikin sebagai berkata, feri yang diperbuat daripada fiber itu belayar dari Kolaka, Sulawesi Tenggara untuk ke Siwa, daerah Wajo.
Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai tenggelam bersama-sama feri berkenaan dan pihaknya belum dapat mengesahkan nasib kesemua penumpang dan anak kapal terbabit.
Bernama
Sun Dec 20 2015
Dua juruterbang pesawat itu disahkan terkorban dalam nahas berkenaan. - Foto YouTube
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pesawat Tentera Udara Indonesia jatuh ketika pertunjukan udara, dua juruterbang maut
Sebuah pesawat latihan supersonik milik Tentera Udara Indonesia (TNI AU) jatuh ketika sedang membuat pertunjukan aerobatik di Lapangan Terbang Adi Sucipto di Jogjakarta pagi tadi.