Sekurang-kurangnya enam maut selepas pesawat ringan terhempas di atas sebuah rumah di Selatan Chile pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa negara itu, mangsa yang terkorban ialah penumpang serta juruterbang pesawat.

Difahamkan ketika kejadian tiada penghuni di dalam rumah berkenaan.

Pesawat jenis Beechcraft Model 99 itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang La Paloma menuju ke bandar Chaitén sebelum terhempas.

Visual televisyen dan gambar dari media yang membuat laporan jelas menunjukkan bahagian belakang pesawat terhempas di dalam rumah itu.

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang merebak ke rumah berhampiran.

Pesawat berkenaan dimiliki syarikat Archipelagos dan pihak berkuasa ketika ini sedang menyiasat punca kejadian.

Syarikat pemilik pesawat itu gagal dihubungi namun pihak berkuasa berkata pesawat berkenaan terhempas dengan muatan minyak yang penuh.