Sebuah pesawat membawa sepuluh penumpang dan dua anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan hutan di Guanacaste, Costa Rica.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan pesawat berkenaan dipercayai milik syarikat penerbangan Nature Air.

Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica menyiarkan gambar dan video menunjukkan serpihan pesawat dan kebakaran yang berlaku di lokasi nahas.

Kenyataan kementerian itu juga memaklumkan semua penumpang dipercayai warga negara asing, sementara dua anak kapal adalah warga tempatan.