Kempen pemilihan (pilihan raya) umum Indonesia 2019 (Pemilu 2019) bakal berakhir hari ini, dan akan memasuki fasa bertenang bermula esok sehingga hari pengundian 17 April.
Pemilu 2019 itu buat pertama kalinya diadakan serentak adalah bagi memilih presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024, dan pemilihan 711 anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif seramai 19,500 orang melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.
Namun tumpuan utama pastinya berkaitan pemilihan presiden Indonesia atau Pilpres, melibatkan Presiden Joko Widodo (Jokowi), 57, yang akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua bergandingan dengan gandingan baharu Ma'ruf Amin, 76, seorang ulama berpengaruh Indonesia, sebagai naib Presiden.
Pasangan itu akan ditentang oleh bekas ketua tentera Prabowo Subianto, 57, yang bergandingan dengan bekas timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Uno, 49 tahun.
Kedua-dua pasangan itu akan menyertai Debat Pilpres siri kelima malam ini, debat terakhir sebelum memasuki fasa bertenang esok, dan bakal ditentukan nasib mereka oleh lebih 192 juta pengundi pada Rabu depan.
BACA: 3,000 rakyat Indonesia di Pulau Pinang dijangka keluar mengundi Pilpres esok
Debat Pilpres siri kelima itu bertemakan "ekonomi dan kesejahteraan sosial, kewangan, pelaburan dan industri" diadakan di Hotel Sultan, Senayan bermula 8 malam, dan ramai penganalisis politik melihat siri-siri debat sebelum ini tenyata lebih memihak kepada Jokowi.
"Siri-siri debat sebelum ini dilihat memihak kepada Jokowi, berdasarkan visi, fakta dan data, yang disampaikan, manakala Prabowo dilihat lebih emosional dalam mengungkap visi dan misinya," kata penganalisis politik.
Beberapa badan yang membuat tinjauan berhubung Pilpres 2019, masih menunjukkan pasangan Jokowi-Ma'aruf, kekal mendahului dengan margin yang besar dengan pencabar mereka.
BACA: Apa mandat Jokowi menjelang kempen akhir Pilpres?
Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi-Ma'ruf (Pengarah Kempen Pilihan Raya), Erick Thohir berkata Jokowi kini semakin mendapat keyakinan rakyat menerusi program-program pembangunan dan infrastruktur di seluruh negara, untuk terus memimpin Indonesia sepenggal lagi.
Namun seorang pemerhati politik berkata apa jua tinjauan yang dilakukan oleh badan-badan tertentu, pastinya ia tidak akan pernah menunjukkan pasangan Prabowo-Sandi, mendahului.
"Cuba lihat Kempen Prabowo-Sandi pada 7 April lepas, lautan manusia memenuhi segenap ruang Stadium Gelora Bung Karno, melimpah ratusan ribu di luar stadium.
"Rakyat kini menghadapi krisis berkaitan soal kos sara hidup, Prabowo sudah berjanji akan menangani kos sara hidup, menurunkan tarif elektitk sebanyak 20 peratus, menaikkan gaji penjawat awam, mengeluarkan kereta nasional, meningkat peluang-peluang pekerjaan," katanya.
TONTON: Menjelang Debat PilPres ketiga, apa kelebihan Cawapres?
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019
Seorang pekerja suruhanjaya pilihan raya Indonesia menyediakan peti undi untuk diedarkan ke pusat mengundi sebelum bermula pilihan raya 17 April. --fotoBERNAMA/ZUMA Wire/dpa
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pilihan Raya Indonesia: Tempoh bertenang bermula esok sebelum pengundian 17 April
Kedua-dua pasangan akan menyertai Debat Pilpres siri kelima malam ini, debat terakhir sebelum memasuki fasa bertenang esok, dan bakal ditentukan nasib mereka oleh lebih 192 juta pengundi pada Rabu.