Pintu Kaabah dibuka kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, hari ini yang kini sedang mengerjakan umrah sebagai sebahagian daripada lawatan selama dua hari ke Arab Saudi.

Akaun rasmi Instagram milik bekas bintang kriket itu, @imrankhan.pti turut memaparkan detik ketika pemimpin itu memasuki Kaabah diiringi pihak berkuasa.

Klip video tersebut telah ditonton lebih 20,000 kali.

Gambar dan video memaparkan Imran Khan menziarahi Masjid Nabawi juga dikongsi menerusi media sosial tersebut. - Gulf News