Perdana Menteri Britain Theresa May memenangi usul undi tidak percaya yang dibuat terhadapnya di Parlimen pada Rabu.

Sejumlah 200 undi menyebelahi beliau, berbanding 117 yang menentang.

Keputusan diumum ketua jawatankuasa penyokong Parti Konservatif 1922 Graham Brady.

Ini bermakna, May kekal sebagai perdana menteri untuk tempoh setahun lagi.

Usul undi tidak percaya itu dikemukakan 48 ahli Parlimen partinya sendiri.

Mereka berang dengan polisi Brexit May, yang didakwa tidak memperjuangkan aspirasi rakyat seperti diputuskan dalam pungutan suara 2016.