PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe pada Sabtu membangkitkan isu di Iran dan Korea Utara dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Agensi media Kyodo melaporkan, hal itu dibincangkan dengan Trump menerusi telefon.

Perbincangan itu berlaku pada hari sama Presiden Iran Hassan Rouhani menamatkan lawatan dua harinya ke Jepun.

Lawatan Hassan juga berlangsung ketika protes berhubung kenaikan harga minyak memuncak di Iran, susulan sekatan AS ke atas ekonominya.

Jepun adalah sekutu rapat AS.

Namun ia mahu mengekalkan hubungan diplomatik dan ekonomi yang baik dengan Iran.