Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atas kemenangan beliau dalam pemilihan presiden Perancis pada Ahad.

"Tahniah kepada presiden pilihan @EmmanuelMacron. Mengharapkan hubungan dua hala yang lebih kukuh antara kedua-dua negara," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Menurut Reuters, Macron dipilih sebagai Presiden Perancis pada Ahad membawa visi mesra perniagaan untuk integrasi Eropah, mengalahkan Marine Le Pen, nasionalis yang mengancam menarik keluar Perancis daripada Kesatuan Eropah.


Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.