Berita  | Dunia

PM Palestin terselamat dalam serangan hendap di Beit Hanoun

PM Palestin terselamat dalam serangan hendap di Beit Hanoun
Letupan berlaku sejurus konvoi kenderaan yang membawa Rami memasuki Gaza sejurus melepasi sempadan Erez-Israel.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Palestin Rami Hamdallah disahkan selamat dalam kejadian letupan di Beit Hanoun, Gaza.

Dalam kejadian pada Selasa, Rami yang bergerak secara berkumpulan diserang kumpulan militan Gaza.
Letupan berlaku sejurus konvoi kenderaan yang membawa Rami memasuki Gaza sejurus melepasi sempadan Erez-Israel.

Rami yang dijadual merasmikan projek loji kumbahan di wilayah itu menyifatkan kejadian serangan tersebut tidak menghalang usaha pembangunan yang sedang digerakkan.

"Ia sama sekali tidak menghalang usaha pembangunan di Gaza, katanya.

Tiga kenderaan pengiring Rami menerima kerosakan teruk dengan kesan tembakan.

Buat masa ini belum ada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.