Parlimen Sweden pada Selasa mengadakan undi tidak percaya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Stefan Lofven, lapor agensi berita Xinhua memetik televisyen SVT Sweden.

Ia menjadikan beliau perdana menteri pertama digulingkan menerusi undi tidak percaya, selepas berakhirnya pilihan raya umum 9 September lalu.

Seramai 204 anggota parlimen tidak menyokong Lofven, berbanding 142 memihak kepadanya.

"Saya dan anggota kabinet lain akan berkhidmat dalam kerajaan sementara," kata Lofven selepas sidang parlimen tamat.

Proses pemilihan Perdana Menteri akan diketuai Andreas Norlen merangkap Speaker parlimen.

Beliau mempunyai empat peluang untuk mencadangkan calon perdana menteri dan antara yang disebut-sebut ialah pemimpin parti berhaluan sederhana, Ulf Kristersson.

-- BERNAMA