Polis United Kingdom kini mempunyai cara terbaharu untuk menangkap penjenayah di jalanan iaitu dengan melanggar menggunakan kenderaan mereka.

Lebih mengejutkan polis di bandar raya itu dibenarkan untuk melakukannya walaupun berada dalam kelajuan tinggi.

Daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka yang didedahkan, cara tersebut nyata agak berkesan sekalipun ia boleh mencederakan penjenayah.

Bagaimanapun setakat ini tiada rakaman menunjukkan ada anggota polis yang melakukan cara tersebut dalam kelajuan yang tinggi walaupun dibenarkan.

Namun ia adalah pilihan terakhir yang dibenar untuk dilakukan ketika mengejar penjenayah.