Polis di South Carolina, Amerika Syarikat terpaksa melepaskan beberapa tembakan selepas seorang pemandu bertindak agresif ketika pemeriksaan dilakukan.

Aksi kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera badan yang dipakai oleh anggota polis berkenaan.

Kejadian berlaku selepas anggota polis berkenaan mengesan kenderaan yang dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan dan mengarahkannya berhenti.

Bagaimanapun ketika siasatan lanjut yang dijalankan, anggota polis mengesan bau ganja dari dalam kenderaan suspek dan sebelum mengarahkannya keluar dari kenderaan terbabit untuk pemeriksaan.

Suspek bagaimanapun kemudiannya bertindak agresif dengan menekan pedal minyak kenderaan berkenaan dalam usaha melarikan diri.

Dalam visual tersebut kelihatan anggota polis berkenaan melepaskan beberapa das tembakan sebelum bertindak mengejar suspek.

Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya idak beberapa lama kemudian sebelum video berkenaan ditamatkan.

Menurut laporan yang dikeluarkan suspek berkenaan mengalami kecederaan dan telahpun keluar daripada hospital.