Polis Switzerland berjaya menahan seorang lelaki bersenjatakan gergaji yang mencederakan sekurang-kurangnya lima orang selepas menyerbu masuk bersama gergaji ke dalam sebuah syarikat insurans.

Lelaki berusia 50 tahun itu diburu polis selama dua hari.

Pencarian yang turut menerima bantuan polis Jerman, berakhir di Thalwil, iaitu 60 km dari tempat kejadian asal di Schaffhausen.

Suspek dikenal pasti sebagai Franz Wrousis, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan tinggal di kawasan perhutanan.

Setakat ini, motif serangan itu belum lagi dapat dipastikan, namun, syarikat insuran itu berkata lelaki tersebut merupakan salah seorang daripada pelanggannya.

Seorang jurucakap polis Jerman berkata sebuah helikopter digunakan di dalam pencarian itu.

Serangan itu berlaku di dalam bangunan pejabat di tengah-tengah pekan Schaffhausen, yang berkepadatan 36,000 penduduk.