SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo akan meningkatkan tekanan ke atas Iran untuk melarang Tehran mendapatkan senjata nuklear.

Beliau mendakwa dalam satu forum dalam talian bersama Jawatankuasa Yahudi Amerika (AJC) pada Ahad, Iran adalah sebuah negara yang sangat anti Yahudi.

Pompeo turut menyatakan akan terus menekan Iran sehingga negara tersebut mengikuti norma global.

Dalam masa yang sama, Pompeo mendakwa, pelan damai Asia Barat oleh Presiden AS Donald Trump adalah yang paling realistik untuk mengakhiri konflik Israel-Palestin.

Pelan berkenaan dikritik dan ditolak pemimpin Palestin.

Dalam masa yang sama, Pompeo turut mengkritik China yang disifatkan mengancam nilai-nilai asas AS.