Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memotong bantuan tambahan kepada Palestin bagi program yang menyokong resolusi konflik dengan Israel, menjadikan jumlah terkini lebih AS$500 juta (RM2.07 bilion).

Pemotongan terbaharu itu datang daripada dana berjumlah AS$10 juta (RM41.37 juta) dalam program penyatuan membabitkan Palestin, Yahudi dan Arab Israel.

Tidak dapat disahkan jika pemotongan terbaharu itu bermaksud semua bantuan bukan keselamatan berkaitan Palestin kini dihapuskan.

“Seperti mana diumumkan Ogos lalu, pentadbiran AS menyalurkan lebih AS$200 juta (RM827.42 juta) yang pada mulanya dirancang untuk program di Tebing Barat dan Gaza.

“Pada masa sama, kami turut menyalurkan sebahagian daripada AS$10 juta yang dirancang untuk pengurusan konflik dan pencegahan,” kata pegawai kedutaan AS itu.

BACA: Palestin kecewa tindakan Amerika Syarikat sekat dana

BACA: Trump beri kata dua kepada Palestin

BACA: AS sekat dana bantuan kepada UNRWA


Pegawai terbabit berkata, dana membabitkan Palestin di Tebing Barat dan Gaza sebaliknya akan digunakan untuk mengembangkan program di Israel.

Presiden Donald Trump berkata, bantuan kepada Palestin dihentikan bagi memaksa mereka berunding di saat Rumah Putih menyiapkan pelan damai Asia Barat, yang digelar ‘perjanjian muktamad’. - Agensi