Proses Pemilu 2019 atau Pilihan Raya Umum Indonesia, ternyata belum selesai, yang setakat ini berlangsung penuh cabaran dan tragedi.
Tujuh perusuh terbunuh dan beratus cedera dalam insiden rusuhan selepas keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) diumumkan Selasa lepas.
Sebelum ini, lebih 500 petugas Pemilu, dilaporkan meninggal dunia, kerana "kepenatan" dan serangan jantung, dalam mengendalikan proses Pemilu 2019.
Sebanyak 1.7 juta petugas Pemilu 2019 menguruskan proses Pilpres, Pemilihan anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), pemilihan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.
Proses keputusan Pilpres 2019 masih belum selesai dalam memuktamadkan kemenangan Presiden Joko Widodo (Jokowi), bagi memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu untuk penggal keduanya.
BACA: Rusuhan di Jakarta turut didalangi ISIS
BACA: Rusuhan di Jakarta: #Whatsappdown, jadi trending di Indonesia
Calon Pilpres 2019 yang diumumkan kalah oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU), Prabowo Subianto, menerusi peguamnya, Bambang Widjojanto,memfailkan petisyen mencabar keputusan itu di Mahkamah Konstitusi (MK) Indonesia pada pukul 10.43 malam tadi.
MK dibuka sehingga pukul 12 tengah malam, untuk masa dan tarikh akhir kemukakan bantahan Pemilu 2019.
KPU sebelum ini menetapkan dalam tempoh 72 jam selepas pengumuman Pilpres pada Selasa lepas, untuk pihak yang kalah pada Pilpres, mengemukakan bantahan terhadap keputusan itu di MK.
Jika tiada bantahan, KPU akan istiharkan kemenangan muktamad Jokowi, dan jika ada, MK yang akan putuskan.
Proses persidangan (perbicaraan) dijadual bermula 14 Jun ini, sebelum MK dijangka membuat keputusan pada 28 Jun 2019.
Pemerhati dan penganalisis berkata apa jua keputusan MK nanti itu adalah sesuatu yang muktamad, dan perlu dihormati semua pihak, demi kestabilan politik di Indonesia.
Prabowo, yang sebelum ini sering mendakwa berlaku politik wang, penipuan dan penglibatan pihak-pihak tertentu berkonspirasi memenangkan Jokowi, perlu membuktikan tuduhannya itu pada persidangan di MK.
"Majoriti 16.95 juta undi, adalah besar, sukar untuk mengatakan ia satu konspirasi pihak-pihak tertentu dalam melakukan penipuan," kata pemerhati politik.
Pada pukul 1.46 pagi Selasa, KPU mengumumkan kemenangan Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi, manakala Prabowo, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.
"Terdapat 813,350 Tempat Pembuangan Suara (TPS) atau pusat pengundian, dan di setiap TPS, terdapat sekitar 200 pengundi.
"Jika berlaku penipuan, team Jokowi memerlukan konspirasi yang cukup besar dan terancang, untuk meraih majoriti 16.95 juta undi itu," kata pemerhati politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2019
Tujuh perusuh terbunuh dan beratus cedera dalam insiden rusuhan selepas keputusan Pilpres 2019 diumumkan. - Foto Reuters/Willy Kurniawan
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.