Puak pemisah Catalan bertindak mengabaikan arahan polis untuk meninggalkan sekolah yang digunakan sebagai lokasi mengundi bagi kemerdekaan dari Sepanyol.

Penyokong referendum itu kini bersedia bersama beg tidur mereka di dewan-dewan sekolah sekitar Barcelona.

"Kami adalah warga Catalonia, kami mahu menyuarakan hak kami untuk mengundi. Tetapi Sepanyol telah menghalang kami dari mengundi esok.

"Jadi kami di sini untuk mengundi," kata pelajar, Julia Orrit.

Ketika polis membuat penutupan di ratusan sekolah di negara itu, ada ibu bapa yang telah membawa anak pulang dalam jangkaan satu konfrontasi akan berlaku pada awal Ahad.

Sebelum ini, polis telah menetapkan tempoh sehingga 6 pagi hari Ahad untuk aktivis dan ibu bapa meninggalkan sekolah-sekolah terbabit.

Ia bagi mengelakkan satu undian dijalankan oleh pihak yang menyokong referendum kemerdekaan Sepanyol.

Situasi ini telah menyebabkan ketegangan di negara itu.