PUSAT-pusat peranginan di Bali dibuka semula kepada pelancong tempatan selepas empat bulan ditutup susulan pandemik COVID-19.

Gabenor Bali tidak sabar untuk memulihkan ekonomi dan mula mengurangkan sekatan aktiviti awam tiga minggu lalu.

Di bawah kelonggaran yang dilaksana mulai Jumaat, rakyat Indonesia yang mengunjungi Bali akan berdepan peraturan ketat di hotel, restoran dan juga pantai.

"Ya, memang ada ketakutan-ketakutan tertentu, tetapi saya yakin jika kita dapat melindungi diri kita sendiri dan mengikuti protokol yang telah ditetapkan, semuanya akan menjadi baik," ujar Anita Firna, pelancong domestik dari Surabaya.

Pelancong asing akan dibenarkan ke pulau itu mulai 11 September.

Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama Bali, yang menerima enam juta pelancong dari luar negara dan 10 juta dari Indonesia tahun lalu.

Penularan wabak yang membawa maut itu menyebabkan bilangan pelancong merosot.