PUTERA Charles mengakui dia hampir membatalkan perkahwinannya dengan Puteri Diana kerana menyedari mengahwininya akan menjadi satu kesilapan besar.
Mstar yang memetik laporan Express.co.uk berkata, pengakuan itu didedahkan dalam sebuah biografi yang menceritakan secara mendalam mengenai hubungan pasangan diraja tersebut.
Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin di St Paul Cathedral pada 29 Julai 1981.
Sejak dari itu, Puteri Diana dalam biografi yang ditulis Andrew Morton mendedahkan dia mahu keluar daripada perkahwinan tersebut.
Namun, pendedahan terbaharu itu menjadi bukti buat pertama kalinya Putera Charles mengakui ragu-ragu sama ada Putera Diana adalah wanita tepat untuk dikahwininya.
Menurut biografi yang ditulis wartawan veteran Robert Johnson, pewaris takhta Britain itu menganggap perkahwinan tersebut sebagai 'panggilan untuk bertugas'.
Malah Putera Charles pada mulanya mahu membatalkan perkahwinan dengan Puteri Diana tetapi menyedari ia akan menjadi satu bencana.
Beberapa tahun selepas perkahwinan itu, Putera Charles meluahkan kekecewaannya mengahwini Puteri Diana kepada rakan-rakannya.
"Saya amat terdesak mahu membatalkan perkahwinan itu pada 1981, semasa majlis pertunangan saya sedar betapa buruknya prospek itu, tidak mempunyai peluang untuk mengenali Diana terlebih dahulu."
Walaupun tidak membatalkan perkahwinan itu, Putera Charles tidak menyalahkan sesiapa.
Putera Charles menjalinkan hubungan cinta dengan Camilla sejak 1970 sebelum berjanji temu dengan 20 wanita lain selepas itu.
Camilla dianggap wanita yang tidak sesuai untuk Putera Charles kerana latar belakangnya.
Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin pada 1981 tetapi menurut Jobson, pewaris takhta Britain itu tahu Puteri Diana tidak serasi dengannya semasa beberapa kali pertemuan mereka sebelum berkahwin.
Pasangan itu berpisah pada 1992 dan bercerai pada 1995.
Dalam satu temu bual bersama Panorama pada 1995, Diana mendedahkan bahawa wujud orang ketiga dalam hubungannya dengan Putera Charles.
Putera Charles dan bekas kekasihnya, Camilla berkahwin dalam satu majlis sivil pada 8 April 2005
Sinar Harian
Sun Oct 28 2018
Walaupun tidak membatalkan perkahwinan itu, Putera Charles tidak menyalahkan sesiapa. - Foto Agensi/Sinar Harian
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.
Britain dakwa serangan ke atas Houthi tiada kaitan konflik di Gaza - PM Rishi Sunak
Serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri dan disasarkan dengan berhati-hati, kata Rishi Sunak.
Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
China nafi intip Parlimen Britain, gesa henti sebar maklumat palsu
China menafikan dakwaan Britain mengenai kemungkinan kes pengintipan di Parlimen London, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa ).
Kelewatan perjalanan udara UK mungkin berterusan beberapa hari
Gangguan sistem kawalan udara United Kingdom (UK) memaksa ribuan penumpang syarikat penerbangan terkandas pada Isnin, dengan potensi gangguan berlanjutan.
Britain: Rishi Sunak umum hukum penjara seumur hidup bagi pembunuh kejam
Pesalah berbahaya yang melakukan pembunuhan paling kejam akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan.
COVID-19: Varian baharu dengan 'jumlah mutasi tinggi' ditemui di Britain
Varian COVID-19 baharu dengan "bilangan mutasi yang tinggi" telah dikesan di Britain.