Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle melakukan kunjungan ke Istana Cardiff pada Khamis sebagai sebahagian daripada program memperkenalkan empat penjuru negara Britain kepada Markle.

Di Istana Cardiff, kedua-dua pasangan diraja ini dipersembahkan dengan lagu-lagu cinta dan puisi Wales dan turut berkesempatan menikmati kek Wales semasa program yang berlangsung selama 90 minit ini.

Pasangan ini turut melawat pusat komuniti dan riadah di Tremorfa di Cardiff dan kehadiran mereka disambut dengan meriah penduduk di sana.

Selain itu, mereka juga meluangkan masa melihat bagaimana aktiviti sukan dilakukan di sana yang
melibatkan golongan muda dan bagaimana ia mampu membantu pembangunan sosial.

Harry dan Markle sebelum ini juga telah melakukan lawatan pra-perkahwinan ke Nottingham dan kejiranan Brixton di selatan London.

Mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei ini di Istana Windsor.