Presiden Rusia Vladimir Putin tiba di Tehran pada isnin untuk menghadiri forum negara-negara pengeksport utama gas.

Para pemimpin Iran, Iraq, Nigeria dan Rusia, antara lain akan menghadiri forum negara-negara pengeksport gas (GECF).

Iran dan Rusia adalah sekutu kuat Presiden Syria Bashar Assad dan Putin dijangka membincangkan krisis yang sedang berlaku di Syria.

Putin, dalam rangka lawatan satu harinya, bersedia untuk bertemu dengan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Hassan Rouhani.

Pertemuan itu dijangka membincangkan nasib Bashar Assad.

Khamenei mengadakan mesyuarat di Tehran pada hari Isnin dengan pemimpin-pemimpin Nigeria dan Venezuela.