Beberapa siri puting beliung telah membadai selatan Plains di Dallas, Texas di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan kerosakan dan beberapa kecederaan kepada orang ramai.

Sebahagian rantau tersebut sedang bersiap sedia menghadapi ribut petir yang lebih teruk dan kemungkinan bencana banjir.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, puting beliung yang melanda Kansas dan kawasan luar bandar Nebraska pada Jumaat meranapkan pokok dan menumbangkan tiang elektrik.


Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, angin dan hujan dengan kelajuan 209 kilometer sejam (km/j) juga memusnahkan sekurang-kurangnya dua buah rumah dan menyebabkan seorang cedera ringan di barat daya Oklahoma, pada Sabtu.

Susulan itu, jabatan kaji cuaca terbabit memaklumkan puting beliung dijangka berlarutan sehingga jam 8 malam waktu tempatan di bahagian barat Arkansas.

Malah, amaran banjir turut dikeluarkan di kawasan Dallas sehingga jam 4.45 pagi, pada Sabtu.

Setakat ini, tiada kematian dan kecederaan serius dilaporkan.