Berita  | Dunia

Pyongyang selaras zon waktu dengan Seoul

Pyongyang selaras zon waktu dengan Seoul
Seorang anggota beruniform menyelaraskan jam tangannya selepas Pyongyang mengubah zon waktunya 30 minit lebih awal. - Foto Sinar Harian
PYONGYANG: Korea Utara mengubah zon waktunya 30 minit lebih awal pada 11.30 malam (waktu tempatan) pada Jumaat.

Langkah itu bagi membolehkan Pyongyang mempunyai zon waktu yang sama dengan jirannya, Seoul.

“Penetapan masa ini adalah langkah praktikal diambil selepas pertemuan bersejarah dua Korea baru-baru ini, sekali gus menandakan Pyongyang dan Seoul mengetepikan perbezaan pendapat mereka sejak sekian lama,” menurut kenyataan agensi berita KCNA.
Sebelum ini Pyongyang-Seoul berkongsi zon waktu yang sama dengan Jepun iaitu sembilan jam lebih awal dari zon waktu utama dunia atau Greenwich Mean Time (GMT).

Namun pada 2015, Pyongyang bertindak memperlahankan zon waktunya sebagai tanda protes terhadap ‘imperialis Jepun yang jahat.’

Jepun bertindak ubah zon waktu di Korea Utara semasa Semenanjung Korea berada di bawah penguasaannya. - BBC