Tutup

Berita  | Dunia

Raja Salman undang 1,000 jemaah waris korban Palestin tunaikan haji

Raja Salman undang 1,000 jemaah waris korban Palestin tunaikan haji
Para jemaah undangan itu merupakan sebahagian daripada tetamu khas haji dan umrah oleh Raja Salman, yang merupakan waris penjaga dua masjid suci itu. - Reuters
JEDDAH: Raja Salman Abdul Aziz telah menitahkan supaya Arab Saudi bersedia menyambut 1,000 jemaah haji undangan yang merupakan waris kepada mereka yang telah terkorban di Palestin.

Kesemua jemaah itu dijadualkan tiba di Tanah Suci pada bulan depan, lapor portal berita Arab News.

Para jemaah undangan itu merupakan sebahagian daripada tetamu khas haji dan umrah oleh Raja Salman, yang merupakan waris penjaga dua masjid suci itu.

Menteri Hal Ehwal, Dakwah dan Bimbingan Islam Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh turut menzahirkan rasa berterima kasih atas kerendahan hati Raja Salman terhadap Palestin dan saudara seagama, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Menurut Sheikh Abdullatif, kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan titah Raja Salman dengan melancarkan utusan perjalanan jemaah tersebut menerusi kedutaan di Mesir dan Jordan.

Kementerian itu juga akan menguruskan semua prosedur kemasukan ke Arab Saudi menggunakan pesawat persendirian, selain menawarkan bantuan kepada jemaah sepanjang menjalankan ibadah Rukun Islam kelima itu.


Tag: raja salman abdul aziz, arab audi, jemaah haji, palestin, waris syahid, ibadah haji, tanah suci



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.