Ratusan penunjuk perasaan berarak mengadakan protes menentang undang-undang anti-keganasan baharu dan pelbagai isu lain pada Isnin di ibu negara Filipina.

Protes berlangsung meskipun terdapat ancaman polis terhadap penangkapan menjelang ucapan tahunan negara itu.

Pihak berkuasa sebelum ini melarang perhimpunan awam lebih dari 10 orang di bawah larangan sekatan kuarantin akibat COVID-19.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan mendakwa pemerintah menggunakan krisis kesihatan sebagai alasan untuk menutup kritikan terhadap kerajaan termasuk isu menangani pandemik tersebut.

Protes diadakan bagi mengecam undang-undang anti-keganasan yang ditandatangani Presiden Rodrigo Duterte awal bulan ini.

Puluhan petisyen dihantar di Mahkamah Agung bagi menafikan undang-undang tersebut.

Selain itu, penunjuk perasaan juga mengecam penutupan rangkaian televisyen terbesar di negara itu, ABS-CBN Corporation.