Rancangan Israel yang mahu merampas beberapa bahagian di Tebing Barat mendapat tentangan daripada rakyatnya sendiri.

Ratusan rakyat Israel berkumpul bagi melakukan bantahan di Tel Aviv pada Selasa terhadap rancangan kerajaan itu.

Kerajaan Israel sebelum ini menyatakan sedang merancang untuk merampas sebahagian wilayah Tebing Barat sejajar dengan Pelan Damai Timur Tengah oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bermula 1 Julai ini.

"Rancangan Trump adalah rancangan perdamaian, ini adalah dasar rancangan perdamaian untuk rundingan dan tujuannya adalah penyelesaian dua negara.

"Apa yang dilakukan adalah pencabulan, malangnya, ini membawa kita ke satu negara," kata Amos Yadlin, bekas ketua perisik tentera Israel.

Rancangan Israel mendapat kecaman komuniti antarabangsa dan meningkatkan kemarahan pemimpin Palestin yang telah menolak cadangan Trump secara tidak langsung itu.

Anggota Knesset daripada parti pembangkang Meretz Israel, Yair Golan berkata rancangan itu mewujudkan lagi situasi yang lebih buruk.

"Kita harus menghilangkan segala risiko terhadap nasib Israel. Pengilhakan bertentangan dengan prospek baik Israel.

"Ini dapat menciptakan situasi yang menghancurkan Israel dan Palestin, dan merupakan risiko yang tidak boleh kita ambil," kata Yair Golan.