Hukuman mati dijalankan ke atas seorang rakyat Malaysia di Kompleks Penjara Changi hari ini atas kesalahan mengedar dadah.

Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura berkata pesalah berumur 31 tahun itu S. Devendran didapati membawa masuk 83.36 gram diamorphine atau heroin tulen ke Singapura dan dihukum mati pada 29 Julai 2014.

Hukuman mati dikenakan sekiranya jumlah diamorphine yang diedar seberat atau melebihi 15 gram.

CNB berkata rayuan Devendran untuk tidak dihukum ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Mei 2015.