Berita  | Dunia

Rakyat Palestin bakar bendera Israel di sempadan Israel - Gaza

Rakyat Palestin bakar bendera Israel di sempadan Israel - Gaza
Rakyat Palestin membakar bendera Israel sebagai sebahagian daripada protes. - Foto AP
GAZA: Tunjuk perasaan terus berlaku di sepanjang sempadan Gaza dan Israel.

Pada Selasa, rakyat Palestin bertindak membakar bendera Israel yang diletakkan di sana.

28 rakyat Palestin terkorban dan beratus lagi dilaporkan cedera sejak mereka menganjurkan protes sempadan besar-besaran yang diketuai Hamas.
Protes Perarakan Kepulangan Besar-besaran yang dirancang berlangsung selama enam minggu ini merupakan agenda mereka menuntut kembali tanah mereka yang dirampas oleh rejim Israel.

Selain itu, ia juga dianjurkan bagi menghapuskan sekatan terhadap sempadan dengan meruntuhkan tembok yang memisahkan Israel dan Palestin.

Israel bagaimanapun mendakwa protes sengaja dilakukan sebagai taktik Hamas untuk melakukan serangan terhadap mereka dan membawa masuk penyelinap ke negara mereka.

Rejim itu turut mendakwa penunjuk perasaan di sana cuba merosakkan pagar sempadan selain menanam bahan peledak.