Kepercayaan orang awam terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin jatuh ke paras terendah dalam tempoh 13 tahun, menurut satu tinjauan yang dijalankan di negara itu.
Reuters melaporkan, perkembangan tersebut ibarat satu tamparan hebat kepada Kremlin yang selama ini berusaha keras untuk meningkatkan imej Putin sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.
Tinjauan berkenaan, daripada Pusat Penyelidikan Pendapat Umum, mendapati kepercayaan terhadap Putin menjunam ke paras 33.4 peratus, yang terendah sejak tahun 2006.
Bagaimanapun, laporan tersebut bukan satu masalah buat Putin yang telah memenangi kemenangan besar dan pembaharuan mandat enam tahun pada Mac tahun lalu.
Begitupun, situasi berkenaan dilihat oleh pesaing politiknya sebagai permulaan kepada hasrat dan kemungkinan untuk berpeluang mengambil alih pentadbiran.
Secara keseluruhan, peratusan penerimaan pentadbiran Putin masih pada paras 60 peratus, berbeza dengan hasil tinjauan kepercayaan terhadapnya.
Namun, peratusan itu juga telah jatuh daripada sekitar 90 peratus sebelum itu, berikutan kemerosotan paras pendapatan isi rumah dan langkah kerajaan yang tidak popular seperti meningkatkan usia persaraan dan kenaikan cukai.
Menjelang pilihan raya presiden tahun lalu, tahap kepercayaan rakyat terhadap Putin adalah sekitar 55.3 peratus. Tiga bulan selepas itu, ia merosot kepada 38.3 peratus dan seterusnya 36.5 peratus pada penghujung tahun.
Meskipun begitu, Putin masih lagi dianggap tokoh yang paling dipercayai berbanding ahli politik lain di Rusia.
Agensi
Tue Jan 22 2019
Pentadbiran Putin menerima tamparan hebat berikutan langkah kerajaan yang tidak popular. - Gambar fail
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Janji palsu, rasuah antara faktor golongan muda berdepan defisit kepercayaan
Golongan muda berasa bingung dan memikirkan nasib mereka tidak terbela sekiranya menyokong pimpinan kerajaan yang mengamalkan budaya sedemikian.
Banjir: Defisit kepercayaan kepada ahli politik, namun jentera kerajaan masih utuh - MBM
Defisit berkenaan adalah disebabkan sesetengah ahli politik tidak menunjukkan kompetensi dalam menyelesaikan isu dan bantuan kepada mangsa.
Rakyat Rusia semakin tidak percaya Putin, peratusan terendah dalam 13 tahun
Situasi berkenaan dilihat oleh pesaing politiknya sebagai permulaan kepada hasrat dan kemungkinan untuk berpeluang mengambil alih pentadbiran.
Kerajaan gandakan usaha penuhi janji pilihan raya - Tun Mahathir
Katanya, apabila kerajaan mengalami defisit kepercayaan, ia akan mula ditolak rakyat.
UNGA: Pemimpin dunia berdepan penyakit defisit kepercayaan - Guterres
Gambaran suram yang dilontarkan Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres itu membuka tirai Perhimpunan Agung kali ke-73 (UNGA) badan dunia itu.