Ottawa dan Montreal diisytihar darurat ketika seluruh kawasan kejiranan di timur Kanada itu bakal menerima taburan hujan berlebihan dan berterusan sehingga hujung minggu.

Ia dibuat selepas pihak berkuasa mendapati air di sungai Ottawa melebihi paras semasa banjir buruk yang pernah direkodkan sebelum ini pada 2017.

Ketua Gabenor, Julie Payette yang membuat tinjauan di kawasan sekitar New Brunswick yang terjejas akibat banjir berkata, bencana alam itu mungkin disebabkan perubahan iklim.

“Ia merupakan isu pemanasan global dan pemanasan itu telah menyebabkan kesan buruk yang berbeza di tempat yang berbeza. "


Serentak itu, ratusan anggota tentera dikerah ke tempat kejadian untuk membantu membina benteng-benteng pasir sebagai langkah mengurangkan risiko.

Ramalan kaji cuaca mendapati taburan hujan berlaku di kawasan sekitar Toronto hingga ke semenanjung Acadian.