Pelbagai jenis gaya dan cara bagi menyambut perayaan hari Krismas.

Berbeza pula dengan artis terkenal Rapper T.I apabila memilih untuk meluangkan masa pada malam Krismas dengan membayarkan barangan yang dibeli golongan ibu tunggal bersempena perayaan itu.

Dalam video yang disiarkan, pemenang Anugerah Grammy itu masuk ke sebuah pasaraya dan memanggil mereka yang berstatus ibu tunggal.

Kebanyakan orang ramai yang sedang membeli belah untuk persiapan terakhir Krismas nyata terkejut dengan kehadiran beliau.

Rapper kemudian menawarkan diri untuk membayar semua barangan yang ada di tangan mereka (ibu tunggal).

Ini bukan kali pertama T.I. mengejutkan pembeli dengan membayar hadiah mereka.

Dia sebelum ini muncul di kedai-kedai Metro Atlanta sekitar Krismas pada tahun-tahun yang lalu untuk membantu golongan ibu tunggal.