PENYANYI legenda yang gah dengan gelaran Ratu Soul dan industri muzik, Aretha Franklin, meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser pankreas.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Detroit, Michigan di sisi ahli keluarganya.
Pada tahun lalu, Franklin yang terkenal dengan lagu Respect dan Think itu telah mengumumkan persaraannya dalam bidang seni.
Pemegang rekod 20 lagu carta teratas sepanjang tempoh kerjaya tujuh dekad itu bagaimanapun sempat terlibat dengan sebuah persembahan terakhir pada November lalu di New York demi menjayakan kempen amal bagi Elton John Aids Foundation.
Franklin yang dilahirkan di Memphis mendapat pendedahan awal dalam dunia muzik dan nyanyian daripada bintang gospel seperti Mahalia Jackson dan Clara Ward.
Meskipun berhempas pulas dalam tahun-tahun awal kariernya, perpindahan ke Atlantic Records pada tahun 1966 mencetuskan fenomena apabila mendiang mula menempa kemasyhuran dalam genre soul bersama Muscle Shoals Rhythm Section.
Agensi
Thu Aug 16 2018
Franklin yang dilahirkan di Memphis mendapat pendedahan awal dalam dunia muzik dan nyanyian daripada bintang gospel seperti Mahalia Jackson. - Facebook Aretha Franklin
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Biskop terlebih mesra 'sentuh' payu dara Ariana Grande dikecam
Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf dengan mengatakan beliau tidak sedar tindakan terlebih mesra pada majlis itu.
Konsert penghormatan terakhir Aretha Franklin berlangsung 7 jam penuh emosi
Bintang pop Ariana Grande hadir dengan menyanyikan salah satu lagu wajib Franklin, 'A Natural Woman' di konsert peringatan itu.