SEORANG remaja dari Erzincan, Turki hampir rentung selepas api menyambar ke tubuhnya semasa sedang membersihkan kutu pada rambut menggunakan minyak tanah.

Gozde, 16 tahun mencuba kaedah itu selepas diberitahu rakannya bahawa minyak tanah mampu menghilangkan kutu pada rambut.

Nasib malang menimpa Gozde apabila dia secara tidak sengaja tersentuh alat pemanas semasa hendak membilas rambut sebelum disambar api di dalam bilik air.

Bapanya, Erdal yang mendengar jeritan anak perempuannya bergegas ke bilik air sebelum membawa mangsa ke hospital.

Gozde dipindahkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan serius pada badannya.

“Dia mengambil minyak tanah daripada alat pemanas. Entah bagaimana dia membongkok sehingga api di pemanas menyambar tubuhnya,” ujar Erdal.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kutu babi' boleh membawa maut?

ARTIKEL BERKAITAN: Penangkap ular di Australia selamatkan ular sawa yang 'rimas' digigit lebih 500 kutu