Seorang remaja Palestin ditembak mati tentera Israel semasa pertempuran terbaharu di sempadan Gaza, kata Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya Bilal Khafaja, 17 tahun, ditembak tepat di dada semasa pertempuran tercetus di timur Rafah, selatan Gaza.

Pada Jumaat, ribuan tunjuk perasaan menghampiri sempadan tersebut di beberapa lokasi, dalam kejadian terbaharu sejak beberapa bulan lalu.

Sekurang-kurangnya 45 penunjuk perasaan cedera akibat terkena tembakan tentera Israel, kata Kementerian Kesihatan itu lagi.

Terhadulu seorang remaja Palestin, Amjed Hamdouna, 19 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas ditembak tentera Israel dua bulan lalu, kata kementerian.

Sekurang-kurangnya 174 penduduk Palestin dilaporkan dibunuh tentera rejim Zionis di Gaza sejak tunjuk perasaan mula diadakan pada 30 Mac lalu.