SEORANG gadis terpaksa melarikan lari dari rumah gara-gara tidak tahan dipukul dengan penyapu selain disimbah minyak panas selepas dia tidak bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

Mangsa Maarib Al Hishmawi, 16 tahun dilaporkan menghilangkan diri sejak Januari lalu selepas ibu bapanya dipercayai mengatur beberapa lelaki untuk mengahwini remaja terbabit sebagai pertukaran memperoleh wang RM 78,000 (USD 20,000).

Pihak polis berkata, Abdulah Fahmi Al Hishmawi, 34 dan Hamdiyah Saha Al Hishmawi, 33 dikatakan melakukan 'penderaan fizikal' apabila anak perempuannya itu enggan menerima cadangan perkahwinan tersebut.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Tinggi Taft di Bexar County, Texas ditemui awal bulan ini dan kini di bawah penjagaan rapi.

Polis Bexar County, Javier Salazar berkata, Maarib didakwa dicekik hingga hampir tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya.

"Remaja perempuan ini dalam beberapa kali diseksa kerana dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya.

"Dia turut melaporkan disimbah dengan minyak panas ke atas badannya selain dipukul menggunakan penyapu," katanya.

Maarib dan lima lagi adin beradiknya yang berusia lima hingga 15 tahun kini ditempatkan di bawah penjagaan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.