Remaja yang bertindak menembak mati ibu dan bapanya dalam asrama di Universiti Michigan berjaya ditahan polis pada Sabtu.

Suspek dikenali sebagai James Eric Davis Jr berusia 19 tahun ditahan dalam kampus Universiti berkenaan selepas dikesan memasuki kampus lewat malam Sabtu.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan oleh pihak polis tanpa sebarang insiden pergelutan.

Sebelum itu pihak polis terpaksa mengerahkan anggotanya memburu suspek menggunakan pelbagai cara termasuk menggunakan helikopter

Davis kemudiannya di bawa ke hospital untuk menjalani ujian dan pemeriksaan.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa Davis mempunyai tindak balas buruk akibat kesan daripada dadah yang diambil.

Dua mangsa itu ialah James Davis Sr. dan Diva Davis, kedua-duanya 47 tahun.

James Davis Sr. adalah seorang pegawai polis di Bellwood, Illinois, pinggir bandar Chicago.

Kejadian itu berlaku lebih dua minggu selepas 17 pelajar dan guru dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata berusia 19 tahun di sekolah tinggi Florida.