Ribuan penyokong membanjiri Balai Kota Jakarta pagi ini sebagai memberi sokongan moral dan melahirkan rasa dukacita kepada Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang dijatuhi hukuman dua tahun penjara atas kesalahan menghina agama.
Mereka berhimpun selama kira-kira dua jam sejak 6 pagi dan mula menyanyikan lagu patriotik Indonesia yang dipimpin seorang ahli muzik terkenal, Addie MS.
Turut serta Naib Gabenor Djarot Saiful Hidayat, yang memulakan tugas sebagai pemangku Gabenor mulai hari ini ekoran Ahok telah ditahan mulai semalam setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap beliau.
Tinjauan Bernama mendapati orang ramai yang berbaju merah turut membawa sepanduk dan belon yang tertulis pelbagai mesej termasuk ''Keadilan Untuk Ahok'' dan melaungkan ''Hidup Pak Ahok''.
Semalam Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Ahok setelah mendapati beliau terbukti bersalah melakukan penodaan agama kerana membuat kenyataan menyentuh Surah Al Maidah ayat 51 ketika bertemu pengundi di Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu pada September tahun lepas.
Ahok yang kalah dalam pilihan mempertahankan jawatan pada bulan lepas sepatutnya menamatkan perkhidmatannya Oktober ini.
Media dalam talian melaporkan Ahok pada mulanya ditahan di Penjara Cipinang tetapi telah dipindahkan ke Markas Polis Briged Mobil (Brimob) di sini pada tengah malam tadi.
Ketua Polis Jakarta Timur Andry Wibowo dipetik sebagai berkata pemindahan Ahok adalah atas permintaan pihak penjara atas alasan keselamatan.
Semalam ratusan penyokong Ahok berhimpun secara aman dengan menyalakan lilin di luar bangunan penjara Cipinang itu bagi menunjukkan sokongan moral, namun bersurai sebaik diminta berbuat demikian oleh Djarot.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017
Ribuan penyokong membanjiri Balai Kota Jakarta sebagai memberi sokongan moral dan melahirkan rasa dukacita kepada Ahok yang dijatuhi hukuman dua tahun penjara atas kesalahan menghina agama.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).
Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.
Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.
Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.
Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.
Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.
Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.
'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.