Amerika Syarikat telah secara automatik melepaskan jawatannya sebagai perantara dalam proses damai Israel-Palestin.

Menurut Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, situasi itu berlaku ketika AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tambahnya, Palestin kini turut meninjau peluang untuk melantik Rusia atau China sebagai perantara dalam rundingan damai itu.

Riyad mengeluarkan kenyataan berkenaan selepas Duta AS ke PBB Nikki Haley memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa AS menarik balik kenyataan Presiden Donald Trump.

Undian tersebut mendapat sokongan daripada 14 negara, tanda kepada tentangan hebat keputusan Donald Trump.

Menurut Riyad, AS seharusnya menjadi neutral dan bukan berat sebelah dan memihak kepada Israel.