GENERASI kini mungkin tidak mengenali Rocky Johnson. Tetapi bagi penggemar sukan gusti, terutamanya pada era 60an hingga 80an, nama legenda itu pasti segar dalam lipatan memori.
Ayah kepada bintang filem Dwayne “The Rock” Johnson itu dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.
Rocky "Soulman” Johnson, atau nama sebenarnya Wayne Douglas Bowles memulakan karier dalam bidang gusti pada pertengahan tahun 1960, di mana ia mula mendapat tempat di hati peminat susulan persembahannya di National Wrestling Alliance.
Namun, legenda yang terpahat dalam WWE Hall of Fame itu mencapai kemuncak kariernya pada tahun 1983.
Kehidupan peribadi Rocky juga menjadi tumpuan apabila melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada seorang lagi legenda WWE Peter “High Chief” Maivia, iaitu Ata Maivia.
Hasil perkahwinan itu, lahirlah Dwayne pada tahun 1972.
Selain itu, Rocky turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wanda dan Curtis Bowles.
"The Soul Man" bersara dari arena gusti pada tahun 1991, dan mula aktif melatih anaknya Dwayne, yang kini bukan sahaja sebaris dengan penggusti WWE terulung, tetapi juga antara bintang filem paling laris di Hollywood.
Firdaus Azil
Thu Jan 16 2020
Rocky Johnson (kiri), bergambar di sini bersama anaknya Dwayne 'The Rock' Johnson, menghembuskan nafas terakhir awal hari ini pada usia 75 tahun. -INSTAGRAM/@therock
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik ahli Lembaga Pengarah TKO
Dwayne 'The Rock' Johnson dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah TKO Group Holdings, iaitu syarikat yang dibentuk oleh Endeavour yang menggabungkan WWE dan UFC.
Kes Baldwin: Dwayne Johnson bertegas tidak mahu senjata api sebenar di set penggambaran
Johnson berkata syarikat produksinya, Seven Bucks Productions, tidak lagi akan menggunakan senjata api sebenar.
The Rock imbas momen diberi peluang kedua yang mengubah hidupnya
Johnson berkongsi klip dari rancangan televisyen 'Young Rock', yang memberi penghormatan kepada mendiang jurulatihnya.
The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.
The Rock, keluarga pulih daripada COVID-19
"Ini adalah salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar yang harus kami harungi sebagai sebuah keluarga." - The Rock
Rocky Johnson, ayah 'The Rock' meninggal dunia
Ayah kepada bintang filem Dwayne -The Rock- Johnson itu menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.
Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...
Sebelum ini The Rock turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia pada 2011 dan 2014.
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!
Pelakon dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.
Fast & Furious kembali dengan filem baharu
Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious: Hobbs & Shaw.