Ahli politik Korea Selatan, Gabenor Ahn Hee-jung meletak jawatan selepas dituduh merogol setiausahanya, Kim Ji-eun sebanyak empat kali sebelum ini.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya, beliau memohon maaf di atas perbuatan terkutuk itu selain mengesahkan hal tersebut adalah benar.

“Saya minta maaf kepada semua pihak terutama Kim Ji-eun.

“Saya bersalah dalam hal ini dan memilih untuk meletakkan jawatan selain turut berhenti dari kerjaya politik saya,” ujar Hee-jung.

Kim Ji-eun nekad bersuara selepas terpanggil dengan kempen banteras gangguan seksual khusus di tempat kerja yang kini tular dengan hashtag #MeToo di media sosial, lapor BBC.

Bagaimana pun, pihak polis masih melakukan siasatan berhubungan dakwaan ke atas ahli politik berkenaan.