TINDAKAN bekas pemain bola sepak kelab Chelsea, John Terry, memuat naik gambar percutiannya bersama keluarga mengundang padah apabila rumah agamnya di Oxshott, Surrey, dimasuki pencuri.
Akibatnya, Terry mengalami kerugian kira-kira £400,000 (RM2.2 juta).
Insiden dipercayai berlaku pada Februari apabila Terry berkongsi gambar dia dan isterinya Toni yang sedang menikmati percutian di French Alps kepada 3.4 juta pengikut Instagram bintang bola sepak itu, lapor Daily Mail.
Antara barang yang dilarikan termasuk sebuah trofi, koleksi novel Harry Potter edisi pertama bernilai £18,000, wang tunai £30,000 dan batu permata bernilai £219,000.
Barang kemas, jam tangan, dan koleksi beg tangan Toni bernilai £126,000 turut lesap.
Dalam kejadian itu juga, rumah bekas pemain Chelsea itu digeledah sehingga menyebabkan kerosakan berjumlah £19,000.
Pasangan itu tidak menyedari perkongsian mereka itu secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa kediaman mereka tidak berpenghuni.
Pendakwa Rossano Scamardella berkata, Terry melakukan kesilapan memuat naik gambar dirinya dan isteri di media sosial.
Pencuri mengambil peluang itu untuk memecah masuk kediaman mewahnya dengan bersenjatakan kapak, dan menghabiskan masa selama 45 minit menggeledah bilik tidur utama keluarga itu.
Mereka kemudian kembali pada lewat malam bersama seorang lagi rakan untuk memecahkan sebuah peti besi.
Insiden yang berlaku pada 25 Februari tahun ini disebut buat kali pertama di mahkamah di Kingston pada Khamis.
Darren Eastaugh, 30, Joshua Sumer, 27, Roy Head, 28, dan Oliver Hart, 25, mengaku bersalah terhadap satu siri kejadian pecah rumah di antara 1 Februari dan 27 Mac tahun ini yang melibatkan tujuh kes samun di seluruh Surrey dan Sussex.
Suspek kelima, Kye Hardy-King, 25, mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengendalikan barangan curi apabila beberapa harta bernilai ditemui di rumahnya.
Hakim Susan Tapping menjatuhkan hukuman penjara antara lima dan lapan tahun seorang, menyifatkan rompakan itu "dirancang rapi" oleh kumpulan pencuri yang "berpengalaman, jika tidak profesional."
Semua harta benda Terry yang hilang tidak berjaya ditemui.
Astro Awani
Sat Jul 29 2017
Terry melakukan kesilapan mendedahkan percutian mewahnya di media sosial. -Gambar fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
Slot Eropah mula gamit Tottenham
Kemenangan ke-16 selepas mengharungi 27 perlawanan menyaksikan angkatan Ange Postecoglou berada dalam kelompok lima teratas dengan 53 mata.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
EPL: Aston Villa hukum Spurs, kini dalam kelompok empat terbaik liga
Spurs bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 dan melonjakkan pasukan dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.
EPL: Kalah lagi, Pochettino mahukan Chelsea berkembang sebagai satu pasukan
Perlawanan bertukar apabila pemain Chelsea, Malo Gusto dibuang padang selepas 58 minit apabila kedudukan masih 0-0.
Bintang B-20 England taruhan Burnley
Media Britain melaporkan, Burnley akan membayar Villa sebanyak 14 juta pound untuk pemain bawah 20 tahun itu.
Moussa Diaby lebarkan sayap ke Aston Villa
Walaupun Villa tidak mendedahkan bayarannya, laporan mengatakan kelab EPL itu baru sahaja memecahkan rekod bayaran termahal mereka.
Seri dengan Aston Villa, harapan Liverpool buru kelayakan UCL kian samar
Pemain antarabangsa Brazil itu turun sebagai pemain simpanan dan menyumbat gol ke-110 dalam penampilan ke-361.
Arsenal kembali temui rentak kemenangan
The Gunners kelihatan seakan-akan menuju satu lagi keputusan mengecewakan tetapi mengubah nasib mereka di hujung perlawanan.
Biar prestasi Manchester City berkata-kata - Rodri
Rodri membuka jaringan seawal minit keempat sebelum Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez meletakkan City mendahului 3-0 sebelum rehat.