Rundingan damai Asia Barat semakin menampakan hasil positif.

Pendapat itu disuarakan watak penting rundingan berkenaan yang juga Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Kerry dalam sidang medianya di Ramallah memuji Palestin dan Israel yang bekerja keras dalam menjayakan rundingan berkenaan.

Kerry bagaimanapun mengaku ketidakpercayaan di antara kedua dua pihak sejak sekian lama telah menyukarkan usaha damai.