PRESIDEN Donald Trump sahkan rundingan dengan Korea Utara, "hampir pasti akan berlangsung".

Kenyataan ini dimuatnaik di akaun Twitter rasminya sehari selepas menerima pelawaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un untuk mengadakan pertemuan.

Sekiranya ia berlaku, Trump akan jadi Presiden Amerika Syarikat pertama bertemu empat mata dengan pemimpin Pyongyang, yang dianggap musuh, biarpun sebelum ini beberapa presiden pernah menerima pelawaan sama.

Pentadbiran White House sebelum ini tegaskan tidak akan meneruskan rancangan itu, melainkan Pyongyang melaksanakan langkah konkrit, termasuk membekukan program nuklearnya.

Media tempatan melaporkan Trump menyatakan persetujuan bertemu Jong-un tanpa merujuk barisan penasihatnya.

Persetujuan itu turut mengejutkan ramai pemerhati.

Delegasi Korea Selatan, yang sebelum ini berada di Pyongyang untuk pertemuan dengan pemimpin negara itu memaklumkan, Korea Utara komited ke arah pembubaran program nuklearnya.

Sementara itu, Trump percaya Korea Utara akan mengotakan janji menggantung ujian nuklearnya, ketika persediaan mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat, Mei depan.


BACA: Tunai janji dulu baru boleh jumpa Trump - White House

BACA: Trump terima tawaran bertemu Kim Jong Un