Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran rundingan antara Korea Selatan dan Korea Utara tidak akan berjaya tanpa kejayaan rundingan Amerika Syarikat (AS)-Korea Utara dalam menjadikan Semenanjung Korea aman dan bebas nuklear.

Bercakap kepada media pada Khamis, Antonio Guterres berkata, pertemuan antara Presiden Moon Jae-in dan Kim Jong-un minggu ini dilihat positif.

Namun, tambah Ketua PBB itu, kemajuan dalam rundingan antara Washington dan Pyongyang juga sama pentingnya.

BACA: Korea Utara akan undang pakar asing untuk lupus tapak peluru berpandu

Antonio turut menyatakan Setiausaha AS Mike Pompeo bersedia untuk melakukan rundingan sekali lagi dengan Korea Utara dan beliau menzahirkan rasa kagum dengan keberanian dan semangat yang ditunjukkan Donald Trump dan Jong-un.

Tambah beliau, PBB tidak akan membantu rundingan AS dan Korea Utara sekiranya mereka menanggap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dapat membantu, atau PBB boleh mencari cara lain untuk membantu.