“Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya.”
Demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton dalam satu temubual eksklusif di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, Switzerland, semalam.
Khan yang mengulas mengenai isu penindasan wanita menyifatkan sikap meletakkan manusia di dalam kelompok tertentu, seperti gender dan ras adalah ideologi lapuk.
Tegasnya, kebanyakkan definisi yang digunakan untuk menerangkan bagaimana wanita harus membawa diri selalunya datang daripada kaum lelaki.
“Anda perlu jadi lemah lembut, perlakuan anda perlu lebih manis, anda perlu jadi lebih baik, jangan duduk dengan kaki yang terbuka. Kebanyakkan definisi ini ditekankan oleh gender yang lain.”
Tambahnya, dia mula mengubah persepsinya terhadap wanita setelah bertemu dengan ramai pelakon wanita hebat sepanjang kerjayanya dalam dunia perfileman.
“Mereka cantik, menawan, fizikalnya menarik dan bekerja lebih keras daripada saya dan sudah berada di set sejak jam 5 pagi, sebelum matahari terbit."
“Saya telah menyaksikan dengan mata saya sendiri bagaimana wanita menjadi tulang belakang dalam dunia filem yang dipelopori lelaki," tambahnya.
Tegasnya, wanita ini terus bekerja keras dan tidak menyerah kalah biarpun berdepan dengan ketidakadilan gender yang wujud di sekeliling mereka.
Khan merupakan antara penerima Anugerah Kristal disampaikan sempena Forum Ekonomi Dunia.
Anugerah terbabit diberikan kepada beliau sebagai penghargaan kepada usahanya membela nasib wanita dan kanak-kanak India yang dianiaya.
Turut menerima anugerah berkenaan ialah aktres Australia, Cate Blanchett serta penyanyi dan komposer dari UK, Elton John.
Wafa Aula
Wed Jan 24 2018
Datuk Shah Rukh Khan memberikan ucapan di Anugerah Tahunan Kristal semasa Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini. -
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF2018: Rupanya ini sebab Datuk Shah Rukh Khan takut wanita
"Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya," demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton.