Menteri Keadilan Itali Alfonso Bonafede mendakwa pada Rabu, rusuhan di penjara menyebabkan usaha mengekang penularan COVID-19 di fasiliti pusat tahanan terjejas.

Tahap keselamatan di penjara menjadi persoalan dan penularan COVID-19 adalah tinggi selepas lebih 6,000 banduan melakukan protes di seluruh negara.

Akibat rusuhan tersebut, setakat ini, seramai 16 banduan masih bebas.

Sementara itu, lebih 40 pengawal penjara cedera dan 12 banduan maut akibat dadah yang dicuri di klinik penjara.

Bonafede berkata, kementerian sedang mengambil langkah berjaga-jaga melindungi pekerja serta penghuni penjara untuk melawan virus itu.