PERDANA Menteri Lubnan, Saad al-Hariri, kembali ke Beirut pada Selasa selepas lebih dua minggu meletak jawatan secara mengejut.

Beliau yang mengumumkan peletakan jawatan menerusi televisyen 4 Nov lalu pulang ke negara itu bagi menjelaskan kedudukannya dan menyambut Hari Kemerdekaan negara itu yang ke-47.

Pesawatnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut sejurus sebelum tengah malam.

Beliau dijangka bertemu Presiden Michel Aoun, yang menolak peletakan jawatan itu sehingga Hariri menyerahkan surat itu sendiri.

Selepas membuat pengumuman peletakan jawatan dari Arab Saudi, Hariri dilaporkan mengadakan lawatan singkat ke Abu Dhabi, Perancis dan Mesir.

TONTON: Saad Hariri sahkan akan kembali ke Lubnan

TONTON: Ketibaan Hariri di Paris bukti Arab Saudi tidak bersalah


Peletakan jawatan Hariri mengejutkan banyak pihak, namun tindakannya tinggal di Arab Saudi menimbulkan tanda tanya.

Ia turut mencetuskan khabar angin beliau dijadikan tebusan di negara itu.