PADA cuti hujung minggu, pastinya ramai yang akan keluar berjoging bagi memastikan badan sentiasa sihat dan cergas.

Sambil menjaga kesihatan, keselamatan juga perlu dititikberatkan, terutama bagi mereka yang memilih untuk berjoging di tepi jalan raya.

Ini kisah seorang lelaki dari China yang mujur selamat apabila kemalangan berlaku berhampirannya ketika dia sedang berjoging.

Video yang dirakamkan di Bandar Quzhou ini menjadi topik bualan susulan detik cemas apabila sebuah kereta terbabas hampir mengenai lelaki berkenaan.


Lelaki itu bagaimanapun terselamat selepas kereta jenis Land Rover yang tidak dapat dikawal itu kemudiannya merempuh pokok di bahu jalan.

Pemandu kereta itu, yang difahamkan mabuk ketika memandu, merayu kepada lelaki berkenaan selepas berjaya keluar daripada keretanya.

Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.