Seorang bapa mengaku membunuh bayi lelakinya berusia 22 bulan dengan membiarkan sendirian di sebuah taman sehingga mati dalam kejadian dipercayai berlaku lebih 10 tahun lalu.

Shane Arthur Simpson, 51, memberi alasan dia meninggalkan anaknya, Baden Bond kerana terlalu penat untuk menjaganya.

Dia meletakkan anaknya di taman untuk menarik perhatian orang ramai dengan harapan ada individu sudi menjaganya.

Polis mencurigai kehilangan Baden apabila tiada laporan polis berhubung kehilangan anak kecil itu.

Menurut Metro.co.uk, pasangan itu pernah mengunci Baden di bilik tidur dengan tidak menukar lampin malah membiarkan anak kecil itu dalam keadaan dipenuhi najis bau busuk.

Bagaimanapun hasil siasatan lebih terperinci, polis berjaya membongkar kesalahan Simpson apabila membuat pengakuan bahawa Baden ditinggalkan sendirian di taman kerana sukar untuk menjaganya.

Kata Simpson, Baden dibawa ke sebuah taman, namun sebelum meninggalkan bayi itu dia sempat mengucapkan selamat tinggal. - Metro.co.uk