Samsung Electronics Co Ltd pada bulan ini akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kes model telefon pintar Galaxy Note 7 yang mudah terbakar dan meletup, lapor akhbar JoongAng Ilbo pada Isnin namun tidak menamakan sumber.

Syarikat elektronik Korea Selatan itu pada Oktober berkata, pihaknya akan memeriksa semua aspek dalam penghasilan telefon pintar itu, dan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa faktor gabungan hingga menyebabkan terjadinya kegagalan ciri keselamatan produk termahal dalam sejarah teknologi.

Pembuat telefon pintar utama dunia itu berdepan kerugian bernilai AS$5.1 bilion dalam operasinya bagi tempoh tiga penggal tahunan berikutan keputusannya menghentikan penjualan Galaxy Note 7 pada Oktober lalu.

Para pelabur dan penganalisis berkata, sangat kritikal bagi Samsung untuk mengenal pasti punca utama masalah kebakaran itu dalam usaha meyakinkan semula konsumer serta mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Jurucakap Samsung Electronics bagaimanapun enggan memberikan ulasan.